1. Kaedah pertama ialah menimba ilmu. Sebelum menempuh Ramadhan, belajarlah ilmu fiqah, apabila kita berpuasa denagn ilmu dan falsafah yang betul barualh dirasai kelebihan Ramadhan. Silapnya, apabila kita jadikan ibadat puasa sebagai “adat” dan kerana itulah ia dilakukan atas factor ikut-ikut saja
2. Sambutlah Ramadhan dengan hati. Anggaplah Ramadhan sebagai kursus rohani serta mencapai kemuncak hati apabila melaksanakan ibadat Ramadhan.
3. Pupuk dalam fikiran bahawa Ramadhan itu akan Berjaya jika kita Berjaya merebut keberkatan bulan ini. Ini dinyatakan dalam tiga peringkat iaitu hari pertama hingga hari 10 yang memberikan limpahan rahmat; hari ke11 hingga ke 20 dikurniakan keampunan manakala ke 21 hingga hari terakhir terhindar daripada seksaaan api neraka.
4. Lelaki sebagai ketua keluarga perlu melaksanakan tanggugjawab mengajak seisi keluarga berpuasa. Bagi anak-anak yang masih kecil, pujuk mereka untuk berpuasa, bukannya memaksa mereka.
5. Lahirlkan budaya bersedekah, dalam keluarga. Memberi makan dan minum juga adalah cara untuk menyempurnakan nafkah kepada isteri, anak-anak dan keluarga.
6. Berbuka bersama-sama, ini dapat menyuburkan kasih saying antara ahli keluarga sebagai bapa, bawa keluarga menunaikan solat tarawikh kerana ibadat ini dapat melahirkan jiwa hambadalam diri kita semua.
7. Sepanjang bulan berkat ini, elak pembaziran terutama ketika membeli juadah berbuka.seperti yang kita maklum, tidak elok makan berlebihan. Boleh makan dengan banyak, tapi biarlah berperingkat-peringkat.
8. Apabila berbuka puasa, jamaah sedikit makanan dan terus tunaikan solat maghrib. Selepas solat maghrib, bolehlah menikmati makanan yang agak berat tapi usah terlalu berlebihan hingga menghalang kita melakukan solat tarawih. Selesai tarawih, bolehlah menikmati makanan seperlunya. Harus diingatkan, makan berlebihan juga boleh memudaratkan.
Selamat membaca..wallahua’lam..

0 ulasan: