PENING...

Posted by tamaddun insan under
alhamdulillah selesai sudah menempuh exam..rasa lega selepas berhempas pulas dengn bahan ilmiah..doa2 semoga hasilnya memuaskan..aminnn..minggu lepas ana menerima panggilan telefon daripada pegawai FELDA kerana pihak pentadbiran FELDA tertarik dengn artikel ana mengenai kecemerlangan yang perlu diteroka oleh anak2 FELDA di dalam buletin FELDA..mereka minta ana buat pembentangan mengenai kecemerlangan anak peneroka FELDA..terkejut seketika!macam mana ana nak buat,,tidak mengapalah ana kata kepada pegawai FELDA insyaALLAH ana bersedia melakukannya dan berkebetulan tarikhnya pula selepas berakhirnya exam..sudah beberapa hari memikirkan bagaimana ana mahu membuat satu persembahan yang menarik,kalau setakat pandai bercakap tetapi isi tiada,mungkin bisa mengendalakan keadaan..kalau isinya bernas akan tetapi hujahnya kurang mantop bisa juga mencacatkan persembahan...ya,harus bagaimana ya??lebih kurang 2 minggu lagi untuk ana membuat persedian,dengar khabar dari pegawai FELDA antara yang membentang adalah mereka2 yang sudah mahir dan profesional..apalah ilmu yang ada pada budak yang tak abis lagi ijazahnya seperti ana ni..mungkin banyak cacat celanya..bila melihat tentatif program ternyata tetamunya juga bukan calang2..bagaimana ya??hehehe..mujur ada beberapa pegawai FELDA dan beberapa orang pensyarah yang sudi menghulurkan bantuan,meringankan sedikit beban yang terpaksa dipikul...terima kasih atas semua yang membantu..doakan semoga ana berjaya ya...

hadiah di MJ...

Posted by tamaddun insan under



buku tu ana dapat dari member ana....YASSIR...tq yassir..huhuhu...still simpan sampai sekarang...sayang kat hadiah tu sbb itu la satu2nya hadiah dari seorang lelaki..sblm ni tak penah dapt hadiah dari lelaki..dia mmg sahabat yang baik..betul para ulama' cakap..kalau sesorang itu banyak berbuat kebaikan nescaya org akan ingt sampai bebila...kalau ada masa ana akan buka buku ni,,,dah khatam berpuluh kali..insyallah akan jaga sampai tua..he2..tq yassir

alhamdulillah.........

Posted by tamaddun insan under
hehehe..salam semua!!rindu kat blog ni..dah lama ana tak update blog ni,dah bersawang dah..sarang-sarang tebuan, labah2 pun dah banyak. mesti suma tertanya2 mengapa blog ni agak buruk??kerana tanagn ana yang gatal2 menggodeh tak tentu pasal..sbb tu jadi macam ni.,tapi insyallah ana akan ubah suai supaya mudah untuk dibaca oleh para pembaca. apapun ahlan bik kepada sesiapa yang sudi lagi menerjah gawang blog ana ni(tetiba ja).

agak lama tak menulis. mungkin kerana sibuk dengan kerja2 dan tugasan yang diberikan para pensyarah. sbnrnya bukan tak mahu manulis akan tetapi ana kejadian yg meybbkan ana tak meneruskan misi dan visi dalam blog ana ni..hehehe..apa kejadian itu??biar la saja yang tahu.

setelah 14 mnggu ana berhempas pulas menuntut ilmu,kini tiba dalam minggu peperiksaan, rasa sedih sbb terpaksa berpisah dngn tenaga pengajar, bukan tak boleh jumpa hari2 cuma perasaan pembelajaran di dalam kuliah itu lebih terasa..apapun perjuangan ana sekarag sedang bermula. peperiksaan sem ni lebih mencabar kerana tahap penguasaan ilmu semakin bertambah, apapun doakan ana yang terbaik.

sem ni juga mengajar ana erti persahabatan sebnar..macam2 kejadian menyedihkan berlaku..hehehe..biasalah adat resam dunia belajar, tapi tak sedikit pun mematahkan semngt tuk ters berbakti di dalam lapanagn ilmu. terima kasih sahabat khussnya di jabatan SEJATI yang ana sayang...walau apapun yang berlaku ana tetap sayang kamu semua, kita buang yang keruh ambil yg jernih...ukhwah fillah...hehehe

sem ni juga mengajar erti seorang penuntut ilmu sebenar..diuji dengan pelbagai persoalan ilmu yang ana tak mugkin dapat menjawab, semakin luas ilmu...3 tahun tidak cukup!!terfikir juga adakah sudah cukup ilmu di dada??...kita menilai diri,ilmu dan keberadaan hikmahnya yang sebnar??penilaian terletak di tangan kita..mahu atau tidak..kita yang tentkan

sem ni juga mengajar erti pengorbann..hehehe,,bukan tak penah berkorban sblm ni,tapi sem ni macam2 rintangn dan dugaan.sabar penawar tuk ana ters hidup..hehehe

sem ni juga diberikan rezeki ALLAH menjadi terbaik di antara yang terbaik..alhamdulillah,terima kasih kepada pihak fakulti yang mempercyai kebolehan ilmu ana,walupun terasa diri ini terlalu rendah dan tidak layak,tapi ana percaya ALLAH mengatur hikmahnya dengan baik dan sempura..terima kasih ALLAH.

sem ni juga diberikan peluang untuk memiliki hati seorang wanita..alhamdulilah,umur bukan penghalang, aturan ALLAH sangt hebat!!berkenalan tidak pernah sama sekali,bercinta juga mustahil sekali...tapi alhmdllah ALLAH mmberikan yang terbaik tuk ana mengenalinya dngn lebih lagi...doakan ye sahabt2

sem ni sangt mengajar erti kasih seorag anak kepada kedua iba bapanya...terima kasih mak abah yang mengajar daku erti kekeluargaan,kesusahan,kesenagan,kesabaran,keperitan dan untuk mak abah doa anakmu ini insyallah akan sntiasa bersama kamu berdua...insyallah...love you mak love you abah

akhir sekali doakan kejayaan ana..semoga ana berjaya di dunia dan akhirat...amin

wasalam

PENGENALAN

Melalui sejarah peradaban manusia, secara umumnya umat Islam telah memperlihat perkembangan minda masyarakat setempat dari sudut intelektual dan moral yang menjadi pra-syarat kepada masyarakat manusia dalam kebangunan tamadun atas kedudukan manusia sebagai khalifah bumi. Di Alam Melayu, kedatangan Islam telah mengubah dan mewarnai budaya serta cara hidup masyarakat Melayu daripada pengaruh ajaran Hindu Buddha seterusnya memberi kesedaran akan pentingnya tradisi keilmuan. Maka, lahirlah golongan intelektual Melayu Islam yang berusaha menyebarkan ilmu pengetahuan dengan menjalankan kegiatan penulisan kitab dan manuskrip Melayu bertulisan Jawi, membuat penyalinan dan menyadurkan karya-karya bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Kecemerlangan bidang keilmuan ini telah membuka minda dan kerangka berfikir masyarakat Melayu terhadap pengamalan seni dan budaya berteraskan Islam sebagai agama anutan. Oleh itu, ketiga-tiga elemen ini telah menjadi warisan masyarakat Melayu kini dan perlu dipelihara serta dikembangkan untuk kelangsungan generasi akan datang. Simposium ini akan menggabungkan tiga seminar iaitu :-

i. Seminar Nyanyian dan Muzik Islam
ii. Seminar Tokoh Ulama Nusantara – Tuan Tabal
iii. Seminar Manuskrip dan Tulisan Jawi Nusantara

Bagi memperkasakan kembali ketiga-tiga elemen warisan kebudayaan Islam ini, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya merasa terpanggil untuk menganjurkan simposium ini sebagai usaha untuk memberi pendedahan mengenai seni muzik, tokoh ulama (Tuan Tabal) dan bidang persuratan Melayu-Islam khususnya tulisan Jawi, seterusnya merungkai segala permasalahan yang membelenggu serta memperkayakan sumber-sumber sejarah berkaitan warisan Islam di Alam Melayu.

OBJEKTIF SEMINAR

i. Menganalisis Warisan dan Tamadun Islam Nusantara dari pelbagai aspek yang telah mewarnai dunia pada hari ini.

ii. Memaparkan sejarah dan perkembangan hiburan dan muzik Islam khususnya di Malaysia dan Indonesia selain membuat huraian mengenai hukum seni yang berkaitan.

iii. Memaparkan sumbangan ulama Alam Melayu khususnya Tuan Tabal dalam persuratan Islam menerusi hasil karangan beliau yang menjadi khazanah berharga.

iv. Mendedahkan peranan dan sumbangan tulisan jawi berdasarkan kitab dan manuskrip Melayu di samping mengenengahkan cabaran dan cadangan bagi memartabatkan kembali tulisan jawi.

TEMA

“Warisan Islam Inspirasi Tamadun Bangsa"

TARIKH

28 - 29 Disember 2009 / 11 - 12 Muharam 1431

TEMPAT

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SKOP BIDANG

Warisan Islam – Persuratan Islam – Historiografi Islam Alam Melayu – Tamadun Islam – Tulisan Jawi – Manuskrip Jawi – Tokoh Ulama dan Sumbangannya – Karya-karya Tuan Tabal –Tuan Tabal dan pembangunan Institusi Islam – Muzik dan Nyanyian Islam – Industri Nasyid – Seni Islam.

YURAN PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada mereka yang berminat.

  1. RM 300 bagi setiap pembentang
  2. RM 250 bagi kertas sisipan
  3. RM 250 bagi peserta- wakil Institusi
  4. RM 100 bagi peserta individu
  5. RM 50 bagi Pelajar

TENTATIF SEMINAR

Hari Pertama, Isnin ( 28/ 12/ 2009 )

8.00 am : Pendaftaran/ sarapan pagi
9.00 am : Sesi Pembentangan I
11.00 am : Pembentang jemputan
12.00 pm : Perasmian
1.00 pm : Makan tengahari dan rehat
2.30 pm : Pembentangan Jemputan
3.30 pm : Sesi Pembentangan II
5.30 pm : Jamuan dan bersurai

Malam

8.00 pm : Malam warisan dan kebudayaan Islam (Persembahan Muzik Islam)
-Demonstrasi khat
-Pameran kebudayaan dan kesenian

11.00 pm : Bersurai

Hari Kedua, Selasa ( 29/ 12/ 2009 )

8.00 am : Pendaftaran/ sarapan pagi
9.00 am : Sesi Pembentangan III
11.00 am : Pembentang jemputan
1.00 pm : Makan tengahari dan rehat
2.30 pm : Sesi Pembentangan IV
4.30 pm : Jamuan dan bersurai

MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi:

Sekretariat Simposium Warisan dan Tamadun Islam 2009,
Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam,
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Tel: 03-79676008 / 6058 / 6224 Fax: 03-79676144
Email: jstiapium@yahoo.com
Blog: http://simposium09.blogspot.com


Posted by tamaddun insan under

tindakan dan masa..........

Posted by tamaddun insan under
lepas berbuka tengok on wall, senarai esemen2 yang tak siap2 lagi,perghhh banyak nyo,tak tau nak cakap macam mana,nak cakap takda masa nak buat,ahhh tipu la sebb banyak sangt kelapangan masa,nak cakap bzy pun tak juga sebb sem ni tak terlibat langsung mana2 persatuan,entahlaaaa nak kata aku tak hargai masa,mungkin juga,kadng2 tu duk dalam libry bukan buat apa,amik buku duduk baca...syok sendiri ja...agak2 dah bosan nagn bahan bacaan keluar libry balik umah tido..macam mana ni!!!ada sesipa nak tolong aku buat esemen??mesti tak da kan??kawan2 cakap ala copy paste ja kat tenet atau haji wikipedia...itu satu hal lagi..jujurnya sejak aku 1year lagi aku tak pernah copy paste bahan2 dari internet,sbb tak biasala aku tak pernah membiasakan menggunkan bahan2 begitu,,tak puas,bila guna bahan rujukan yang kita cari sendiri di perpustakaan kemudian buat penilaian ilmiah,kumpulkan data2 yang diperlukan sesuatu benda yang memuaskan dan buat kita enjoyyyyy...lagipun bukan ka esemen2 yang diberikan tenaga pengajar adalah suatu pembelajaran tuk kita buat penilain ilmiah dan menagajar kita mengumpul dan menganalisis bahan2 yang berbentuk ilmiah...tuk paper projek tuk tahun akhir pulak aku tak cari tajuk lagi,tapi dah ada skop pengkajian yang aku nak...harap2 bila dah betul2 bersedia aku akan hasilkan tajuk dan persembahan isi pengkajian yang boleh memberi faedah kepada masyarakat umum..perghhhh esemen banyaknya tak siap..p2 pun kena ushakan juga tuk siapkn sebelm cutu raya,takut tak sempat,kalau lepas raya nak ulang balik semua topik2 dalam pengajaran dalam kelas...ok la banyak benda nak buat ni,sebenarnya baru lepas buka puasa,kenyang sangt amik masa rileks kan perut sambil edit blog ni...ok salam 11ramadhan..

Assalamualaikum semua,,1 ramadhan dapat dijalani sebaik mungkin insyallah,1 ramadahan ini saya nak berkongsi tips2 tuk sang lelaki menjalani ibadah puasa dengan lebih bermakna…
1. Kaedah pertama ialah menimba ilmu. Sebelum menempuh Ramadhan, belajarlah ilmu fiqah, apabila kita berpuasa denagn ilmu dan falsafah yang betul barualh dirasai kelebihan Ramadhan. Silapnya, apabila kita jadikan ibadat puasa sebagai “adat” dan kerana itulah ia dilakukan atas factor ikut-ikut saja
2. Sambutlah Ramadhan dengan hati. Anggaplah Ramadhan sebagai kursus rohani serta mencapai kemuncak hati apabila melaksanakan ibadat Ramadhan.
3. Pupuk dalam fikiran bahawa Ramadhan itu akan Berjaya jika kita Berjaya merebut keberkatan bulan ini. Ini dinyatakan dalam tiga peringkat iaitu hari pertama hingga hari 10 yang memberikan limpahan rahmat; hari ke11 hingga ke 20 dikurniakan keampunan manakala ke 21 hingga hari terakhir terhindar daripada seksaaan api neraka.
4. Lelaki sebagai ketua keluarga perlu melaksanakan tanggugjawab mengajak seisi keluarga berpuasa. Bagi anak-anak yang masih kecil, pujuk mereka untuk berpuasa, bukannya memaksa mereka.
5. Lahirlkan budaya bersedekah, dalam keluarga. Memberi makan dan minum juga adalah cara untuk menyempurnakan nafkah kepada isteri, anak-anak dan keluarga.
6. Berbuka bersama-sama, ini dapat menyuburkan kasih saying antara ahli keluarga sebagai bapa, bawa keluarga menunaikan solat tarawikh kerana ibadat ini dapat melahirkan jiwa hambadalam diri kita semua.
7. Sepanjang bulan berkat ini, elak pembaziran terutama ketika membeli juadah berbuka.seperti yang kita maklum, tidak elok makan berlebihan. Boleh makan dengan banyak, tapi biarlah berperingkat-peringkat.
8. Apabila berbuka puasa, jamaah sedikit makanan dan terus tunaikan solat maghrib. Selepas solat maghrib, bolehlah menikmati makanan yang agak berat tapi usah terlalu berlebihan hingga menghalang kita melakukan solat tarawih. Selesai tarawih, bolehlah menikmati makanan seperlunya. Harus diingatkan, makan berlebihan juga boleh memudaratkan.

Selamat membaca..wallahua’lam..