ALHAMDULILLAH segala puji dipanjatkan kehadrat ilahi , selawat serta salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. para Ummu al-Mukminin, sahabat yang thiqah serta semua kaum muslimin dan muslimat yang mendapat petunjuk-Nya dan hidayah-Nya hingga ke Hari Akhirat.
Kehidupan seharian sebagai umat Islam wajib menunaikan solat sehari semalam lima waktu. Jarak antara masuk waktu solat ini mempunyai hikmah yang tersendiri. Umat Islam disuruh menunaikan solat pada awal waktu. Kitaran waktu solat ini sebenarnya mendidik umat mengurus masa dan siri dengan baik.
Begitu halus dan indah perintah Islam itu. Islam diutus Allah (s.w.t) untuk menyusun kehidupan manusia di peringkat individu dan masyarakat semoga mencapai kemakmuran dan kecemerlangan hidup di dunia dan seterusnya di akhirat. Penumpuan kepada usaha mendidik individu dan menyusun masyarakat di peringkat awal adalah bertujuan untuk melahir individu yang berguna dan mengatur sistem hidup masyarakat semoga dapat berfungsi dengan baik dan sekaligus mengurangkan segala bentuk permasalahan. Pendekatan Islam bukanlah hanya dengan mencari penyelesaian kepada akibat dari suatu permasalahan yang dihadapi oleh manusia, tetapi Allah dari awal lagi mengarahkan manusia supaya dididik dan disusun untuk kecemerlangan dengan berasaskan prinsip yang menepati fitrah kemanusiaan.
Manusia tidak dapt lari dari pengurusan dan apa yang membezakan adalah bagaimana seseorang itu mengurus pengurusannya itu. Dalam hadis nabi yang bermaksud “sekiranya kamu keluar 3 orang maka lantiklah ketua antara kamu”. dan ada hadis lain ada bermaksud “setiap kamu adalah pemi mpin, dan ia dalah pimpinan kepada orang bawahannya”. Sekiranya dilihat kepada maksud hadis tersebut dan dibincangkan semunya berkaitan dengan pengurusan. Dan setiap orang perlu ingat bahawa segala pengurusan adalah di bawah pengurusan Allah SWT
Falsafah pengurusan dalam islam
Falsafah dalam konteks ini dibataskan pengertiannya pada dasar-dasar pemikiran yang menjadi keyakinan, asas dan pegangan. Falsafah pengurusan dalam islam bertitik tolak daripada hakikat bahawa dalam islam segala-galanya berpangkal daripada tauhid. Allah SWT adalah satu-satunya tuhan, satu-satunya Rabb bagi seluruh alam seisinya. Ungkapan Rabb al-alamin dalam surah al-Fatihah itu sebenarnya mengandungi makna tuhan sebagai pengurus dan pentadbir alam. Memang secara harfi kalimah Rabb membawa erti pendidik dan pengurus yakni memelihara dan mengelola sesuatu daripada mula hingga sempurna. Sebagai Rabb yakni pengurus, tuhan bersifat al-Rahman al-Rahim iaitu pemurah dan penyayang. Ertinya ketertiban dan keteraturan perjalanan ala mini merupakan jelmaan daripada gaya pengurusan-Nya yang berteraskan cara al-Rahman al-Rahim. Umpamanya, sebahagian dari cakerawala memperlihatkan keagungan Allah menguruskan dan menyusun atur cakerawala yang teramat sempurna kedudukannya. Itulah pengurusan penyayang yang menciptakan keharmonian alam di mana wujudnya kesalingan di kalangan sesame makhluk. Tidak ada makhluk yang dapat hidup sendirian tanpa bergantung kepada makhluk lain. Misalnya, haiwan harus bergantung kepada tumbuh-tumbuhan dan demikian pula sebaliknya.
Gaya pengurusan Ilahi itulah yang harus dipelajari oleh manusia selaku khalifah-Nya. Amanah kekhalifan dapat diertikan sebagai mandat ketuhanan untuk membangun,membudaya dan mengurus alam. Demikianlah seharusnya manusia mempersepsikan alam sebagai amanah dan sekaligus khazanah. Sebagai khalifah manusia harus mampu mengurusnya dalam erti memproduksikan manfaatnya dan menyerlahkan keindahannya untuk dinikmati bersama secara wajar. Untuk itu amanah sebagai khalifah harus dilaksanakan menerusi pengurusan penyayang yang penuh rasa tanggungjawab. Dalam kaitan ini, sebagai khalifah, manusia dibekali dengan potensi menjadi sumber daya insani yang produktif dan kreatif untuk digembleng secara sistematik dalam kerjasama, saling member dan menerima khidmat demi kesejahteraan bersama. Inilah dasar pemikiran dalam pengurusan sumber daya manusia. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Zukhruf ayat 32:
•
Maksudnya: Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan Kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebagian yang lain beberapa derajat, agar sebagian mereka dapat mempergunakan sebagian yang lain. dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.
Ayat tersebut mengungkap hikmah di sebalik penciptaan manusia yang berbeza-beza daripada segi bakat dan pangkat, iaitu untuk saling memberikan khidmat di antara satu dengan lain. Perbezaan bukan alasan untuk menindas, tetapi sebaliknya untuk bekerjasama dan saling bergantung. Ini bererti semangat kerjasama itu sememangnya wujud dalam diri setiap manusia. Demikianlah pengurusan yang baik harus mempastikan tidak ada potensi yang terabai dan tidak ada golongan yang terbiar.
Pengurusan sebagai sebahagian dari tugas kekhalifan harus memanfaatkan potensi keilmuan yang dianugerahkan kepada manusia sebagaimana yang diisyaratkan ketika Allah mengajar Nabi Adam A.S dalam rangka mempersiapkannya menjadi khalifah di bumi. Apa yang ketika ini disebut intellectual capital sebagai modal terpenting pengurusan itu mungkin suatu pengungkapan baru terhadap hakikat ini.
Pengurusan menurut persperktif islam adalah sebahagian daripada misi kebaktian kepada manusia dan pengabdian kepada pencipta. Demikian ia harus dapat memenuhi tuntutan dua pihak iaitu keperluan manusia dan keredhaan tuhan. Mengurus keperluan manusia bererti merealisasikan manfaat dan maslahah untuk penyempurnaan keinsanannya yakni rohani, akil dan jasmani. Apa yang disebut sebagai keperluan manusia itu harus ditundukkan kepada nilai-nilai kemakrufan, moral dan hukum keagamaan. Hal-hal yang bersifat maksiat dan kemungkaran yang merosak dan memudaratkan keinsanan tidak diiktiraf sebagai keperluan manusia.
Kebaktian kepada manusia bukan hujung segala-gala. Sebagai sistem yang berpaksikan tauhid, pengurusan dalam islam berhujung pada pencarian keredhaan Allah. Ukuran mutlak kejayaan pengurusan bukan pada kepuasan pelanggan, tetapi penerimaan Allah sebagai amal salih. Objektif ini hanya boleh dicapai jika segalanya diniatkan kerana Allah yakni pengabdian kepada-Nya dan di lakukan dengan cara yang menepati kaedah-kaedah ajaran-Nya iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah dengan didasari semangat taqwa. Demikianlah implikasi taauhid, Allah sebagai satu-satunya sumber nilai dan aturan, satu-satunya tumpuan kebaktian dan pengabdian serta kepada-Nyalah segalanya akan kembali termasuk manusia bersama segala amalnya.
PROSES PENGURUSAN
NIAT
Menurut ajaran Islam setiap amal harus bermula dengan niat iaitu tekad dalam hati serentak dengan amal. Syarat niat ikhlas, tulus dan murni semata-mata kerana Allah, sebagai pengabdian kepada-Nya dan mencari keredhaan-Nya. Niat kerana Allah adalah realisasi tauhid dalam pengabdian. Tanpa niat yang sedemikian, amal sebesar mana pun tidak akan diterima oleh Allah sebagai amal salih yang membawa keberuntungan ukhrawi. Oleh hal itu nilai amal seseorang itu ditentukan oleh niatnya iaitu untuk apa dan kerana siapa?. Demikianlah maksud sebuah hadis Nabawi “sesungguhnya amal (dinilai) berdasarkan keredhaannya”. Keredhaan Allah menjadi tujuan niat adalah satu kurnia bersifat maknawi(ruhiy) yang lebih tinggi nilainya daripada syurga. Dalam doa orang Islam, ridha dan syurga disebut berasingan (ridaka wa al-jannah).
Dari segi implikasi terhadap amal seseorang, niat merupakan iltizam atau commitment batin yang serius dan bersungguh-sungguhuntuk melakukan sesuatu. Disamping itu niat juga membawa dampak kawalan dalaman agar amal dan perlakuan seseorang itu tidak menyimpang dari tujuan asal sebagaimana yang diniatkan. Niat kerana Allah juga membawa implikasi bahawa kesedaran tentang tuhan (God consciousness) timbul sejak memulakan sesuatu amal dan berterusan hingga ke akhirnya. Sememmangnya dalam agama Islam, terhdapat hukum hakam yang harus dipatuhi sepanjang proses sesuatu amal, bukan hanya meminta pengampunan-Nya di penghujung. (God being confessed at the end rather than the beginning).
Dalam kaitan ini perlu dicatat bahawa dalam Islam niat dan tujuan yang murni tidak mewajarkan penyimpangan prosesnya, tetapi kedua-duanya iaitu niat dan cara pelaksanaannya harus menepati kaedah syara’.
PERANCANGAN
Perancangan merupakan jambatan penghubung antara kini dan nanti (masa sekarang dan masa mendatang). Ia mengagaskan senario yang dikehendaki dan menggariskan langkah-langkah merealisasikannya berasaskan fakta dan angka masa kini serta kemungkinan-kemungkinan masa hadapan. Dengan demikian perancangan memerlukan sebanyak-banyak maklumatyang relevan termasuk kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Sebagai tahap awal dalam proses pengurusan, perancangan meliputi penetapan objektif yang realistic dengan mengambil kirakeuatan dan kelemahan organisasi serta perubahan-perubahan dalam realiti masa dan persekitaran. Untuk mencapai objektif perlu ada pula dijadualkan langkah-langkah asas ( key moves ) menurut urutannya.
Disamping itu harus dikenalpasti sumber-sumber yang dapat dimanfaatkan, juga kendala-kendala yang dihadapi serta strategi mengatasinya. Perancangan yang bijak seharusnya berasaskan:
Kepakaran yang tinggi dan relevan. Al-Quran menyebut orang-orang yang mempunyai kepakaran itu sebagai ahl al-dhikr yang perlu dirujuk sebagiman yang diperintahkan dalam surah al-Nahl ayat 44
.............
Maksudnya: …………Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui,
Maklumat-maklumat yang bersifat fakta, kenyataan dan kebenaran, perancangan tidak seharusnya didasarkan kepada khayalan dongeng, khabar angin, propaganda palsu atau fitnah. Yang disebut sebagai kebijaksanaan seperti dimiliki oleh para Nabi ialah tidakan yang tepat, dan itu hanya mungkin dilakukan dengan fakta yang tepat.
Kerja secara kolektif baik pada tahap pemikiran mahupun pada tahap gerak kerjanya.
Kesediaan mendengar pelbagai pandanagan dan seterusnya membuat pilihan yang terbaik sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Quran iaitu dalam surah al-Zumar ayat 18:
Maksudnya: yang mendengarkan Perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. mereka Itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka Itulah orang-orang yang mempunyai akal.
Kepekaan terhadap masalah-masalah yang berkaitan dengannya, termasuklah masalah-masalah yang diaggap kecil.
PELAKSANAAN
Pelaksanaan adalah proses menterjemahkan segala yang telah dirancangkan ke dalam sejumlah tindakan menurut urutannya. Proses ini perlu dilakukan dengan tegas, yakin, berani dan tanpa ragu-ragu.
Dalam kaitan inilah relevannya sikap tawakkal kepada Allah. Ia adalah suatu sikap jiwa dan minda yang berserah kepada Allah setelah memaksimumkan usaha. Tawakkal adalah ajaran agama yang dapat membina watak yang positif, kuat dan tenang. Antara kesan positif tawakkal termasuklah:
Menghilangkan rasa takut atau ragu-ragu dalam melaksanakan keputusan. Sikap was-was para pengurus boleh menimbulkan situasi tidak menentu, keliru dan hilang arah. Keadaan ini akhirnyaboleh membawa akibat kegagalan seluruh perancangan organisasi.
Kesediaan psikologis untuk menerima apa sahaja ketentuan Ilahi dengan keyakinan Tuhan Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya, meskipun lahirnya mungkin tampak buruk. Demikian hakikat yang terungkap dalam surah al-Nisa ayat 19:
Mafhumnya: “ kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyakuntuk kamu”
Keterbergantungan semutlaknya kepada Allah sebagai satu-satunya sumber segala kuasa dan kekuatan, bukan pada manusia, teknologi dan sistem.
Tidak lupa kepada Allah, agar dengan itu Allah tidak lupa kepada kita. Sebagaimana suarah al-Taubah ayat 67:
Maksudnya: orang-orang munafik laki-laki dan perempuan. sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang Munkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya. mereka telah lupa kepada Allah, Maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik.
PENGORGANISASIAN
Dalam pengertian umumnya pengorganisasian bermaksud pengacaraan, penempatan sesuatu atau seseorang pada posisi-posisi yang sesuai dengan tujuan agar semuanya dapat berfungsi dengan berkesan dan seterusnya membuahkan hasil yang dikehendaki. Dalam konteks pengurusan, pengorganisasian merujuk kepada proses pemecahan kerja menjadi bahagian-bahagian dan diikuti dengan pengagihan dan penyelarasannya di kalangan petugas-petugas yang ditentukan berdasarkan kelayakan dan kesesuaiannya. Selain melibatkan tenaga kerja, perorganisasian juga mungkin melibatkan pemilhan teknologi yang sesuai, malah mungkin juga melibatkan penyesuaian aspek struktur organisasi. Antara perkara-perkara penting yang harus diberi perhatian dalam proses ini termasuk:
Amanah : penyerahan tugas kepada orang yang tepat sesuai dengan kelayakan dan kemampuannya. Tugas harus dilihat sebagai amanah yang menuntut pertanggungjawab duniawi-ukhrawi. Penyerahan tugas kepada yang tidak berkelayakan bererti pecah amanah yang membawa risiko kehencuran, demikian maksud sebuah hadis: “ apabila amanah telah hilang, tunggulah saat kehancurannya!”, seorang sahabat bertanya “ bagaimana hilang amanah itu berlaku wahai Rasulullah?” Junjungan menjawab “apabila sesuatu tugas diserahkan kepada yang tidak layak.”
Kepercayaan : sikap saling percaya di kalangan para pertugas, terutamanya dalam kes penurunan kuasa. Mereka yang dipercayakan dengan tugasan-tugasan tertentu harus dipersiapkan jiwa dan mindanya, diberikan keyakinan dan dukungan agar mereka mempunyai sikap percaya diri.
Keluwesan ( flexibility ) : kesediaan untuk melakukan penyesuaian seperlunya dalam mranghadapi situasi dan realiti yang berubah. Dalam pengurusan Islami, pertukaran posisi di kalangan para petugas seharusnya diterima sebagai suatu yang wajar.
PENGARAHAN
Pengarahan bermaksud keupayaan pengurus mengerakkan para petugas bertindak tepat menurut gairs-garis yang telah ditetapkan dengan rela dan penuh iltizam terhadap tugas. Dalam banyak hal keberkesanan pengarahan sangat ditentukan oleh kualiti kepimpinan dan pengikutan. Antara faktor-faktor penting yang relevan dalam melaksanakan pengarahan termasuklah:
Keteladanan : pengurusan Islami memang selamanya sangat mementingkan keteladanan pemimpin. Arahan-arahan lisan dan tulisan sahaja, tanpa keteladanan pemimpin sering kali tidak memadai. Arahan seperti itu tidak memiliki kewibawaan dan kerananya ia tidak dipatuhi. Andainya dipatuhi pun, biasanya ia adalah kepatuhan separuh hati.
Kebijaksanaan : iaitu dengan cara yang tepat baik dari segi masanya, tempatnya, petugas sasarannya dan pendekatannya. Ia termasuk bahasa yang komunikatif jelas dan berkesan.
Kehalusan : dalam konteks budaya melayu-Islam khususnya, kehalusan merupakan ciri khas jati diri bangsa. Dengan cara ini mesej dapat disampaikan tanpa melukai hati atau menyinggung perasaan pihak yang menerimanya, tanpa merendahkannya atau menjatuhkan air mukanya.
Persaudaraan : pengarahan dalam konteks pengurusan Islam bukan sahaja dalam bentuk hubungan tuan dengan hamba yang didasari motif pemerasan dan penindasan tanpa timbang rasa kemanusiaan. Antara ajaran Islam yang sangat penting adalah persaudaraan. Semangat tersebut seharuslah dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengurusan organisasi. Pengarahan perlulah dilakukan dengan kasih sayang persaudaraan agar ia disambut dengan semangat yang sama.
Keadilan : keadilan seringkali diertikan sebagai meletakkan sesuatu tepat pada tempatnya dan memberikan hak kepada yang berhak ( layak ). Penerapan nilai ini dalam konteks proses pengurusan termasuklah meletakkan orang yag tepat pada posisinya dan peranan yang tepat, sesuai dengan kemampuan dan kelayakkannya. Ia juga meliputi makna pengarahan yang munasabah daripada segi jangka masa, anggaran kos dan jumlah tenaga kerjanya.
Kesalingan : pengarahan yang berkesan memerlukan sikap saling hormat dan saling percaya. Yang harus dihormati dan dipercayai tidak cuma di atas, tetapi juga mereka yang di bawah. Mereka yang merasa tidak dihormati atau dipercayai akan kehilangan sikap percaya diri dan seterusnya akan membawa kesan negatif terhadap prestasi kerjanya.
Persefahaman : pengarahan yang baik bukan dengan memerintah dan mengerah. Msekipun mungkin ada ketikanya pendekatan sedemikan itu perlu, tetapi ia bukan cara terbaik untuk mewujudkan persefahaman. Pendekatan terbaik adalah menerusi syura yang mengikut sertakan seluruh warga yang berkaitan. Dengan demikian mereka tidak merasa diperintah atau dikerah, sebaliknya melaksanakan keputusan yang mereka sendiri ikut membuatnya. Komitmem melaksanakan keputusan sendiri biasanya lebih tinggi menjalankan perintah orang lain.
Sangka baik : sikap bersangka baik di kalangan sesame warga organisasi dapat membantu terlaksananya pengarahan dengan lancar dan berkesan. Prasangka buruk bererti tidak ada kepercayaan atau keyakinan terhadap piha-pihak yang terlibat, baik yang memberi atau yang menerima arahan. Tanpa kepercayaan yang timbale balik di kalangan warga organisasi proses pengurusan akan terkendala.
Kecintaan dan iltizam terhadap tugas : pengarahan akan terlaksana dengan sumpurna andainya semua pihak yang terlibat mempunyai kecintaan dan iltizam yang tinggi terhadap perkerjaannya dan tugasnya. Orang yang tidak menyukai pekerjaannya tidak mungkin dapat melaksanakannya dengan cemerlang, memenuhi piawaian itqan dan ihsan. Pekerjaan yang dilakukan dengan separuh hati hanya akan menghasilkan produk “asal jadi” , malah seringkali pula langsung tidak menjadi.
Rasa selamat : tanpa jaminan keselamatan seseorang tidak mungkin dapat memberikan tumpuan kepada pekerjaannya. Untuk dapat berkerja dengan tenang dan riang seseorang itu perlu kepada perasaan rasa selamat, dirinya dan keluarganya. Kerana itu harus diwujudkan persekitaran yang selamat, termasuk iklim pekerjaan yang menyenangkan sehingga setiap orang bebas dari rasa terancam.
PENGAWALAN
Proses pengawalan meliputi segala sikap dan tindakan untuk mempastikan proses pencapaian matlamat dilaksanakan dengan sempurna, menepati perancangan, perorganisasian dan pengarahan. Pengawalan dalam pengurusan Islami sangat berkait dengan beberapa ajaran pokok termasuk:
Al-ihsan – iaitu kesedaran tentang pemerhatian Tuhan terhadap segala garak laku manusia termasuk suara hati dan lintasan fikirannya sehingga tidak ada yang terselindung. Al-ihsan dalam pengertian tersebut merupakan kawalan dalaman yang menjadikan seseorang sentiasa berwaspada daripada berfikir atau melakukan sebarang ketidakwajaran.
Amalan amar ma’ruf nahy mungkar atau menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kejahatan. Sebuah organisasi akan sentiasa terkawal dalam batas kebenaran dan kewajaran andaianya semangat ajaran tersebut menyerap menjadi bahagian dari budaya korparatnya.
Pembudayaan usaha peningkatan prestasi yang berterusan. Ini dapat direalisasikan apabila peningkatan prestasi telah diterima sebagai suatu nilai yang dijunjung tinggi. Islam memang menganjurkan agar para penganutnya sentiasa memperbaiki prestasi amalnya dengan memastikan “ hari ini lebih baik dari kemarinnya”.
Memperbanyakkan doa memohon kurnia, petunjuk, restu dan keredhaan Allah s.w.t.. Biasanya orang Islam berdoa setiap kali selesai melakukan pekerjaan sebagaimana Nabi Ibrahim dan Ismail berdoa selepas membina Kaabah. Bagaimanapun ada baiknya berdoa sepanjang masa kerana kita tidak mengetahui saat dan ketika doa dimakbulkan.
PENILAIAN
Proses pengurusan seharusnya diakhiri dengan melakukan tinjauan evaluative-introspektif dalam erti merenung kedalam diri dengan motif otokritik (mengkritik diri). Dalam istilah agama amalan ini disebut muhasabah. Ia adalah amalan terpuji yang harus disebatikan dalam cara hidup seseorang Muslim.
Amalan ini tidak hanya relevan untuk kehidupan peribadi, tetapi juga relevan dalam konteks organisasi. Setelah seluruh proses pengurusan selesai dilaksanakan harus segera dilakukan post mortem atau bedah siasat untuk mengenal pasti kelemahan dan kesilapan yang telah berlaku dengan semangat untuk mencegahnya daripada berulang.
Proses penilaian introspektif sebagaimana yang dirumuskan oleh al-Ghazali mungkin relevan untuk dijadikan panduan. Proses tersebut meliputi:
Musyaratah (menasihati diri) – menginsafi diri tentang betapa berharganya setiap masa yang seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya untuk amal dan khidmat yang berprestasi setinggi-tingginya. Masa dan hakikatnya adalah modal terpenting. Apabila masa itu berlalu maka berakhirlah segala-galanya. Adanya ungkapan-ungkapan seperti masa itu emas, mengejar masa, mencuri masa, membeli masa menunjukkan betapa berharganya masa.
Muraqabah (mengawasi diri) : amalan mengawasi diri atau kepekaan hati yang timbul dari kesedaran bahawa Allah Maha Mengetahui segala gerak laku hamba-Nya lahir dan batinnya. Kesedaran tersebut secara konsekuensial membentuk sikap muraqabah terutama langkah-langkah dan tindakan-tindakannya. Seseorang petugas melakukan muraqabah sejak sebelum melaksanakan sesuatu tindakan. Ia merenung ke dalam diri untuk mengawasi niatnya, apakah ia melakukan ikhlas kerana Allah? Atau ada motif lain? Jika memang kerana Allah maka ia meneruskan niatnyaitu, tetapi jika tersirat tujuan lain maka harus segera mengoreksi diri dengan meluruskan niatnya. Muraqabah seharusnya berterusan sepanjang proses pelaksanaan sesuatu tugasan untuk memastikan segalanya menepati kehendak syara’ dan dilakukan dengan sesempurna mungkin.
Muhasabah (menilai diri) : manila diri sesudah melakukan sesuatu pekrjaan demikian semangat yang tersirat dalam ayat al-Hashr ayat 18, iaitu menoleh ke belakang, melihat semula apa yang telah dilakukan sepanjang hari, sepanjang minggu, sepanjang bulan atau sepanjang tahun dan menilai sejauh mana keberhasilannya, cukupkah untuk menghadapi hari esok? Selain itu konsep tawbah juga mengandungi makna menilai pekerjaan masa lalu , mengenalpasti dan menginsafi kesilapan-kesilapan, lalu bertekad untuk tidak mengulanginya. Muhasabah dalam pengertian tersebut ternyata amat relevan sekali dalam proses pengurusan yang memang perlu melakukan post-mortem setiap kali selesai melaksankan sesuatu pekerjaan dan seterusnya mengambil langkah-langkah pembaikan demi mencipta prestasi yang lebih baik pada masa mendatang. Untuk itu kesilapan-kesilapan masa lalu harus dipastikan tidak berulang.
Mu’atabah (mengkritik diri) : iaitu amalan mengkritik dan menilai diri sendiri. Ia haruslah timbul daripada kesedaran tentang kelemahan diri: kejahilannya dan kelalaiannya terutama dalam mengawal nafsu sehingga mungkin ia akan terlanjur melakukan penyimpangan-penyimpangan seperti tamak, emosional, gopoh, berbohong, mungkir janji, melakukan ketidak adilan dan lain-lain yang tidak diredhai Allah. Amalan mengkritik diri yang diikuti dengan langkah-langkah korektif seperlunya akan menghasilkan proses pembaikan yang berterusan menuju matlamat kesempurnaan dalam erti martabat ihsan.
Proses pengurusan berasaskan nilai-nilai Islam seperti yang dibincangkan di atas jelas memperlihatkan cirri multi-dimensional yang sekaligus bersepadu. Ia menggabungkan pelbagai bidang ilmu di samping ketajaman akal dan kekuatan akal dan kekuatan rohaniah. Demikian implikasi tauhid sebagai kaedah integratif yang dapat menggembleng segala kekuatan untuk menghasilkan prestasi dan produk yang berkualiti.
Kesimpulan.
Kesimpulannya pengurusan yang berasaskan falsafah tauhid menyediakan ruang kepada manusia untuk melahirkan rasa tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah ini kepada Allah SWT. Merka melakukan perkara berasaskan prinsip-prinsip yang dibenarkan dengan menyedari semua aktiviti tersebut akan dipertanggungjwabkan di akhirat nanti.
.

0 ulasan: